Jelajah Sesi Libat Urus dan Madani Mendengar

Jelajah Sesi Libat Urus dan Madani Mendengar untuk Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) akan diteruskan di negeri Sabah pada 19 Disember 2024, Khamis.

Sesi Madani Mendengar yang berkonsepkan format bertanya kepada Menteri secara terus akan bermula jam 2.15 petang bertempat di The Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu.

Semua warga Sabah yang berkelapangan dijemput untuk hadir beramai-ramai ke sesi ini bagi menyampaikan input-input yang relevan dan sesuai dalam merangka dokumen Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Mohon disebarkan kepada semua.

Tags :

Recent Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

editors picks

Top Reviews